DR 19.11.2007 pg 47
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, halaman 285, 286 dan 287 butiran 050000, 040000, 060000, 070000, 080000 dan 120000. Tuan Pengerusi yang utamanya saya berharap itu pihak kementerian dapat mempertingkatkan usaha untuk memperlindungkan hutan kita yang setengah-setengah tempat kita yang tidak dijaga dengan baik, dengan ini saya berharap Malaysian Timber Certification Council (MTCC) berlawan dengan Forest Stewardship Council (FSC). Apakah kedudukan MTCC sekarang, adakah kita dapat digunakan di seluruh ASEAN untuk MTCC kita ini. Juga kita mestilah menggubal undang-undang untuk perubahan iklim seperti mana yang disebutkan oleh Sungai Petani tadi.
Rang undang-undang untuk langkah-langkah menguatkuasakan langkah-langkah mitigasi perubahan iklim itu. Juga mengenai itu perlombongan emas di Bukit Koman, Raub masih ada kalangan penduduk yang tidak puas hati, yang menimbulkan syak wasangka terhadap penggunaan sodium cyanide walaupun pihak kementerian sudah menerangkan begitu selamatnya untuk menggunakan sodium cyanide ini, saya berharap pihak kementerian dapat memberi penjelasan ataupun mengambil langkah untuk menerangkan kepada kalangan penduduk di Bukit Koman ini dan seterusnya tindakan-tindakan perlu diambil untuk mengurangkan insiden pencemaran di seluruh negara.
�� 1230
Termasuklah di semua 216 bahagian pilihan raya dan di Kepong sahaja berapa tempat dicerobohi termasuklah projek di Jalan Lang Kelabu, dia cukup kelabu dah dan sekarang dia ada projek lagi di kawasan hijau dan juga di taman di Jinjang Utara, padang besar di Jinjang Utara dicerobohi. Kononnya dengan papan iklan itu katakan ini untuk orang ramai. RM200,000 projek, walhal di kawasan itu lebih 2000 kaki persegi saja dewan orang ramai dia, tetapinya di kawasan itu ada mungkin 300,000 kependudukan. 300,000 ribu dengan 2000 kaki persegi dewan orang ramai tiap-tiap kali sepuluh orang masuk sajalah kalau projek dewan orang ramai itu. Ini masalah tidak mengirakan, tidak menghiraukan pencemaran ke atas alam sekitar, kawasan-kawasan hijau. Ini memanglah satu perkara yang sangat songsang dan songsong pula.
Seorang ahli: Apa? Songsong?
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Ha, songsong pula lah tu. Di sini saya berharaplah pihak kementerian dapat menambahkan usaha untuk memperlindungkan hidupan liar dan taman negara kerana taman negara cukup tercemar sekarang. Saya berharaplah kementerian dapat menerangkan kepada Dewan yang mulia ini, apakah langkah-langkah yang berkesan yang dilaksanakan untuk memelihara Taman Negara kita yang semakin hari semakin tercemar.
Untuk projek-projek tebatan banjir di Kuala Lumpur ada Pakej Satu iaitu Terowong Bestari dan Pakej Dua; Projek Kolam-kolam Takungan Banjir Batu dan Jinjang kawasan saya dan ini memang kedua-dua pakej ini sudah terlewat enam bulan, tujuh bulan. Di Jinjang pun projek ini sangat terlewat dan kadangkala kerja diberhentikan. Projek ini lebih RM500 juta terlewat kerana saya diberitahu kadangkala syarikat tidak membayar kontraktor, subkontraktor dan sebagainya. Ini memang cukup menjejaskan kehidupan orang dan mengenai FRIM.
Pg 91~94
Dato’ S. G. Sothinathan: Terima kasih Yang Berhormat. Mungkin saya tidak tahu ada salah tafsir dari pegawai, tetapi sebenarnya kita hendak tahu jenis industri dan memang jenis industri itu dapat menentukan sama ada ia ringan atau berat.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Mambong menyarankan agar kakitangan Jabatan Alam Sekitar perlu ditambah dan perlu juga dipertingkatkan kepakaran mereka sehingga dilatih di luar negara. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Berhormat Mambong di atas keprihatinan beliau kerana buat masa ini kita memang menghadapi masalah kerana kita cuma ada 1,100 orang sahaja pegawai untuk penguatkuasaan di bawah Jabatan Alam Sekitar. Jadi saya harap Yang Berhormat juga akan membangkitkannya di peringkat Kementerian Kewangan dan menyarankan mereka juga memberi sokongan kepada usaha ini.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Larut telah mencadangkan agar garis panduan tanah tinggi dijadikan sebagai akta. Untuk makluman Yang Berhormat, semua urusan berkaitan tanah adalah di bawah kerajaan negeri, tetapi cara kita menguruskannya ataupun menyelaraskannya adalah melalui dasar-dasar pembangunan. Sebenarnya kita telah pun wujudkan garis panduan pembangunan tanah tinggi dan juga untuk pulau-pulau dan ini memang telah pun diserahkan kepada semua negeri. Semua Yang Amat Berhormat Menteri Besar dan juga setiausaha kerajaan memang maklum tentang dasar-dasar ini dan seharusnya mereka mengikut garis panduan ini dalam setiap projek pembangunan yang bakal dilaksanakan di negeri masingmasing.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat Kepong telah membangkitkan satu masalah iaitu yang berkaitan dengan perlombongan emas di Bukit Koman, Raub di mana beliau kata penduduk tidak puas hati tentang penggunaan sodium cyanide bagi cadangan projek tersebut.
■1630
Untuk makluman Yang Berhormat, operasi melombong emas Raub Australian Gold Mining Sdn Bhd di Bukit Koman Raub, perkara ini telah disampaikan kepada Kementerian Sumber Asli pada bulan Jun 2006. Syarikat ini akan menggunakan teknologi carbon - in – leach ataupun CIL yang biasa digunakan di seluruh dunia dan loji ini akan dibina oleh sebuah syarikat dari Afrika Selatan yang mempunyai pengalaman dan bertaraf antarabangsa.
Penggunaan sianida di syarikat ini adalah secara litar tertutup dan diguna semula. Lebihan sianida yang disalir dari loji ke kawasan hampas kebiasaannya mengandungi 80 bahagian sejuta ataupun 80 miligram seliter sianida. Kandungan sianida dalam hampas lombong ini akan makin berkurangan apabila terdedah kepada cahaya matahari. Kawasan hampas yang digunakan adalah di bawah paras bumi dan tiada…
Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Yang Berhormat, boleh saya, tadi yang saya bangkitkan Yang Berhormat ada sebut tadi…
Dato' S.G. Sothinathan: Ya. Biar saya habiskan sedikit sahaja lagi tentang sianida ini.
Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Tak yang saya sebutkan tadi. Yang ini sebelum Yang Berhormat pergi ke lain, tajuk lain. Yang Berhormat…
Dato' S.G. Sothinathan: Sekejap saya dah habis, sekejap Yang Berhormat.
Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Ya?
Dato' S.G. Sothinathan: Selepas saya habis saya akan balik kepada Yang Berhormat.
Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Okey.
Dato' S.G. Sothinathan: Kawasan hampas yang digunakan adalah di bawah paras bumi dan tiada air limpahan akan keluar kerana air ini akan digunakan semula. Setakat ini loji memproses emas masih dalam pembinaan dan sodium cyanide belum digunakan lagi. Beberapa sesi taklimat mengenai perkara ini telah pun dijalankan oleh pihak pelombong, jurutera perunding, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dengan Ahli Jawatankuasa Tindakan Daerah JKK, Ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri dan secara keseluruhan mereka menerima baik penjelasan yang telah diberikan. Ya, Larut.
Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Terima kasih Yang Berhormat. Tadi Yang Berhormat mengatakan bahawa bila saya timbul soal garis panduan tentang pembangunan tanah tinggi yang merupakan soal kuasa di tangan kerajaan negeri. Bagaimana garis panduan ini bila dikeluarkan oleh kementerian sekiranya kuasa adalah terletak di tangan kerajaan negeri? Kalau begitu apa makna? Tak ada makna kita keluarkan garis panduan kalau kita tak boleh menjadikan ini satu perkara yang serius dalam memainkan soal ini. Kalau tebing dah runtuh, bangunan dah runtuh, siapa yang hendak bertanggungjawab?
[Timbalan Yang di-Pertua (Datuk Dr. Yusof bin Yacob) mempengerusikan Jawatankuasa] Biasanya masalah timbul, kita menuding jari bila berlaku kecelakaan, kemalangan. Kalau tak berlaku, masing-masing menunjuk dia yang hebat, dia mesti ada satu jalan keluar untuk menangani masalah ini. Takkan selama-lama mengatakan bahawa kuasa yang ada itu tidak boleh kita panda, guna pakai. Maksud saya tadi akta ini adalah penting supaya membawa kita seragamkan.
Kalau setakat garis panduan yang dikeluarkan oleh kementerian, macam Yang Berhormat katalah, kalau Kelantan hendak pakai, pakailah. Tak ada masalah. Kalau negeri lain pula tak nak pakai tak apa. Jadi yang kita lihat di sini ialah seriusnya kita sudah menangani masalah ini? Itu yang saya maksudkan.
Dato' S.G. Sothinathan: Yang Berhormat sebenarnya garis panduan ini ataupun dasar ini digubal oleh Jawatankuasa Kabinet untuk pembangunan tanah tinggi dan pulau-pulau dan memang ianya juga dipertimbangkan di Majlis Tanah Negara dan di mana semua negeri-negeri di sarankan mengikut menggunakan dasar dalam aspek pembangunan mereka. Jadi mungkin kalau…
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: [Bangun]
Dato' S.G. Sothinathan: .. apa yang disarankan oleh Yang Berhormat itu mungkin boleh bangkitkan dalam majlis-majlis mesyuarat yang akan datang untuk mempertimbangkan…
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat…
Dato' Raja Ahmad Zainuddin bin Raja Haji Omar [Larut]: Itu yang saya maksudkan. Kalau boleh dibincangkan balik sebab kita ada Majlis Mesyuarat Menteri-menteri Besar, dibuat balik supaya dijadikan suatu akta supaya nampak, benda ini memang mustahak. Cukup serius untuk kita menangani masalah yang berlaku. Kita tidak mahu bila, ibarat kata pepatah, ‘bila terhantuk kita tengadah’. Dah berlaku baru kita hendak bertindak. Selepas itu kita lupa. Masih benda ini berulang balik. Tak akan selama-lama tidak ada satu jalan penyelesaian untuk kita mengatasi sesuatu yang berlaku.
Kalau tadi Yang Berhormat mengatakan, saya akui bahawa memang kuasa kerajaan negeri tetapi kita tidak mahu, kita hanya cuba melarikan diri daripada masalah tersebut sebagai bukan satu tanggungjawab. Walaupun ia merupakan satu perkara yang amat menyulitkan kita untuk kita lakukan. Jadi kalau Yang Berhormat mengatakan ia akan dibawa, akan dibincangkan di peringkat Jawatankuasa Kabinet, ini satu perkara yang positif untuk menampakkan bahawa kita memang serius dalam hal ini.
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Boleh jawab sekali?
Dato' S.G. Sothinathan: Ya.
Tuan Lau Yeng Peng [Puchong]: Ada kaitan. Terima kasih Tuan Pengerusi dan Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya amat bersetuju dengan Yang Berhormat Larut tadi mengenai garis panduannya. Saya hendak tanya kalau kementerian tidak ada sangkut paut dengan perkara-perkara tanah, bagaimana kalau sesuatu ia report akan mesti dilakukan oleh sesuatu pembangunan dengan luas tanah yang tertentu sebagai contoh di Selangor. Kalau tidak silap saya sesuatu pembangunan lebih daripada 40 hektar di Selangor, EIA terpaksa diadakan, lagi ia sangat-sangat berkaitan dengan kementerian.
Pada masa yang sama juga di bawah Jabatan Kerja Raya (JKR) juga unit cerun telah ditubuhkan supaya kawasan pembangunan di kawasan tanah tinggi ini membuat satu comprehensive approach dengan izin, supaya pembangunan yang mampan dapat dibangunkan. Apa yang dimaksudkan oleh Yang Berhormat Larut ialah siapa yang bertanggungjawab kalau sesuatu berlaku. Ini kerana kita tak nak kalau sesuatu malapetaka berlaku, lepas itu JKR kata inilah PBT punya kerja. PBT kata ini Jabatan Alam Sekitar dan Alam Sekitar kata inilah kerja JKR. So kita tak nak ini berlaku.
So cadangan kita ialah bagaimana kita boleh mencari satu jalan yang lebih berkesan lagi di masa depan melalui kewibawaan dan juga kuasa-kuasa yang ada di bawah kementerian Yang Berhormat Timbalan Menteri. Saya hendak sedikit penjelasan daripada Yang Berhormat Timbalan Menteri.
Dato' S.G. Sothinathan: Terima kasih kepada kedua-dua Yang Berhormat. Sebenarnya sebelum kita menuding jari pada mana-mana pihak, kalau kita memahami perundangan negara dan perlembagaan negara, maka kita tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawab. Namun, dalam kebanyakan hal ini mereka tidak lihat sebenarnya siapa yang berkuasa atau bertanggungjawab dan katakan jabatan ini, jabatan ini dan ini.
Walau bagaimanapun jabatan pihak kami apa yang kita cuba mengurangkan masalah ini dan cuba menjadi sebagai agensi koordinasi ataupun menyelaraskan semua untuk menyelesaikan masalah ini. Mungkin cadangan daripada ini untuk tentang cerun-cerun ataupun kawasan-kawasan bukit ini mungkin kita boleh lihat bagaimana ianya boleh dijadikan walaupun bukan satu akta, mungkin kita akan lihat bagaimana ianya boleh di coop dalam Akta Alam Sekeliling kalau alam sekitar pun kita akan memperlihatkan bagaimana ia boleh dilaksanakan.
Tuan Pengerusi…
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Yang Berhormat, Kepong.
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: Tuan Pengerusi, penjelasan. Yang Berhormat, tadi Yang Berhormat kata sianida di Bukit Koman Raub itu bila terdedah kepada matahari ia akan hilang dengan cepat. Pertama, hampas emas itu ada dekat dengan sungai. Ada satu batang sungai di situ, dekat. Kedua dia bersebelahan dengan para penduduk di Bukit Koman, sangat dekat dan yang ketiga, bantahan para penduduk di situ. Saya berharap pihak kementerian dapat berikhtiar untuk mengatasi bantahan ini supaya kita tidak dapat desakan daripada para penduduk lagi kerana dua tahun, lebih satu tahun pihak kementerian mengambil keputusan untuk membenarkan syarikat Australia ini.
Walau bagaimanapun, para penduduk masih tidak berpuas hati. Saya berharap Yang Berhormat dapat mengatasinya. Yang Berhormat, lombong-lombong lain termasuk di negeri Pahang dan juga dia di tengah hutan. Di dalam hutan tak ada para penduduk cuma mergastua sahaja dan demikian tidak ada bantahan. Kalau bantahan daripada monyet ataupun daripada binatang yang lain, kita tak dengar; tapi ini bantahan daripada manusia daripada Bukit Koman.
[Ketawa]. Saya berharap Yang Berhormat dapat mengatasi.
Dato' S.G. Sothinathan: Yang Berhormat sebenarnya kita telah pun memberi penerangan kepada penduduk setempat seperti yang saya katakan tadi. kepada Ahli Parlimen, JKK, semua pihak-pihak yang terlibat telah pun diberikan penerangan dan mereka telah pun menerima baik penjelasan kita. Untuk makluman Yang Berhormat juga, kawasan hampas yang digunakan adalah di bawah paras bumi dan tiada air limpahan yang akan keluar kerana air ini akan digunakan semula. Jadi saya harap Yang Berhormat memahami dan jangan bangkitkan isu masalah rakyat tidak memahami ataupun membantah projek ini.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Tanah Merah dan Yang Berhormat dari Sri Gading telah pun membangkitkan perkara tentang pencerobohan tanah tinggi di Lojing dan sama ada kementerian tiada kuasa untuk mencegahnya.
■1640
Sebenarnya, walaupun pihak kementerian tidak ada kuasa mutlak untuk menentu dan melulus projek-projek pembangunan tanah seperti tanah tinggi Lojing, kementerian memberi nasihat dan input teknikal tentang kesesuaian sesuatu projek itu ditapak atau tanah yang dicadangkan dan mengambil tindakan di bawah peruntukan sedia ada seperti di bawah Akta Alam Kualiti Sekeliling bagi mengawal pencemaran yang berlaku dan memang di kawasan tanah Lojing ini memang kes-kes yang telah pun disebutkan itu memang telah pun dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan perundangan.
Tuan Pengerusi, Yang Berhormat dari Sungai Petani, Yang Berhormat Kepong, Yang Berhormat Batu Pahat, Pontian, Mambong dan Tebrau telah pun membangkitkan perkara tentang pemanasan global ataupun global warming di mana mereka menyarankan bahawa kita perlu menjalankan penyelidikan dan membetulkan sistem amaran awal dan beberapa lagi cadangan. Sebenarnya, perubahan iklim merupakan isu global. Menyedari akan perlunya ada tindakan bersepadu bagi semua negara di dunia Malaysia telah pun menjadi peserta kepada United Nation Framework Convention on Climate Change dan Kyoto Protocol. Perubahan iklim bukan sahaja memberi kesan ke atas kekerapan cuaca yang melampau seperti banjir, ribut, taufan, kemarau yang berpanjangan tetapi juga kesannya ke atas hasil pertanian sumber air dan kesihatan manusia turut terjejas.
Buat masa ini kita tidak ada mana-mana peruntukan atau perundangan yang khusus mengenai perubahan iklim kecuali kerjasama kita di peringkat antarabangsa. Sebenarnya di Malaysia kita sebagai sebuah negara membangun kita cuba bekerjasama dengan negara-negara membangun yang lain untuk bersama-sama menangani masalah ini kerana kita sebenarnya bukan not an ex-one parties di bawah Kyoto Protocol. Sebenarnya kita tidak ada sebarang komitmen untuk mengurangkan green house gas tetapi sebenarnya kita buat semuanya secara sukarela kerana kita tahu bahawa kita mempunyai tanggungjawab juga dalam perkara ini.
0 comments:
Post a Comment