DR. 13.12.2007 pg 103
Dr. Tan Seng Giaw [Kepong]: China memang satu insiden yang paling tinggi di dunia dan mujurlah di negara ini tidak ada. Cuma ada keluhan, aduan daripada misalnya di Bukit Koman. Ada aduan sedikit. Saya pun tak begitu faham mengenai lombong menggunakan asid cyanide. Saya pun tak begitu fahamlah tapi penjelasan kepada saya dan rakan-rakan saya daripada pihak kementerian, dia kata ini tak jadi masalah, cyanide ini. Kalau dedah kepada mentari, dia hilang dengan sekelip mata. Itu yang jawapan daripada pihak kementerian tapi saya tak tahu sama ada ini benar ataupun tidak kerana bagi kita di bidang perubatan, cyanide memang racun dan dia gunakan chloride, disodium cyanide yang digunakan di Bukit Koman, disodium cyanide. Sama ada ini benar-benar racun ataupun tidak tapi mengikut kementerian tidak. Bagi kita, bila kita dengar cyanide, memang satu perkara yang tidak boleh terima.
Walau bagaimanapun, kementerian perlu memberi penjelasan, menemui dengan para penduduk di Bukit Koman yang sangat tidak puas hati dengan perlombongan emas di situ. Itu yang pertama dan di sini saya percaya kita akan menemui banyak logam atau mineral di Malaysia lagi. Bukan saja mineral, benda-benda lain bukan sahaja minyak mentah dan gas. Yang lain pun mesti ada dengan prospektus yang lebih sophisticated, kita mesti ada dan bukan saja kita perlu pindaan seperti ini bahkan pindaan-pindaan yang lain untuk memastikan keselamatan di dalam lombong-lombong semua jenis ini terpelihara dan rakyat Malaysia tidak akan menghadapi kesusahan. Sekian, terima kasih.
Tuan Pengerusi [Datuk Dr. Yusof bin Yacob]: Ya, Timbalan Menteri sila.
■17.19
Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar [Dato' S. G. Sothinathan]: Tuan Pengerusi, sebenarnya saya telah pun beri penjelasan sebenar yang panjang lebar tentang cyanide ini semasa perbahasan Belanjawan. Kalau Yang Berhormat tak faham pun tak apalah, saya boleh terangkan secara peribadi nanti kerana ini semua sudah ada dalam Hansard.
Berkaitan dengan denda itu, saya telah pun terangkan dalam huraian tadi bila saya bentangkan apakah tujuannya kita cuba menyeragamkan dan juga meningkatkan penalti ini supaya amaun RM100,000 bagi denda-denda penalti yang berterusan itu tidak memadai, pada masa yang sama juga, untuk menyeragamkan denda itu pada masa ini daripada RM40,000 ke RM100,000 dan
tempoh penjara itu adalah di antara dua hingga lima tahun.
■1720
Jadi kita menyeragamkannya kepada RM100,000 maksimum dan minumnya adalah RM5,000. kita juga lihat bahawa kesalahan yang melibatkan pelombong semakin serius dan kesannya adalah tinggi. Jadi dengan adanya pindaan ini adalah diharapkan ia akan menjadi satu pencegahan supaya tidak dilakukan. Jadi itu sahajalah jawapan saya. Sekian, terima kasih.


0 comments:

Post a Comment